
Ku sangka pintu hatiku terkunci rapat
Tapi apa yang ku rasakan amat kuat
Perasaan ini tidak ku sangka amatlah berat
Hingga namamu sahaja membuat darahku tersirat
Inginku nyatakan apa saja dalam hatiku
Yang makin mencengkam adalah rindu
Rindu yang ku tahan sekian sedu
Kerna siapalah aku pada dirimu?
Aku haramkan rindu ini sampai kepadamu
Tidakku mahu sekali-kali ia mengganggu
Jihadmu ke jalan Tuhan Yang Satu
Hanya cinta DIA kekal dan tidak palsu

0 comments:
Post a Comment